Webinar NADI X Cybersecurity - Lindungi Identiti Digital Anda
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2025, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Webinar NADI Awareness - NADI SAFE: Perisian Merbahaya yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan disertai oleh tiga orang peserta.
Webinar ini dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pengetahuan penting kepada peserta mengenai pelbagai aspek keselamatan digital, termasuk ancaman kebocoran data dan serangan siber yang kian meningkat, pendedahan tentang risiko yang wujud di Dark Web serta kaedah melindungi diri daripada menjadi mangsa, pengenalan kepada teknik keselamatan LTLR (Less Target, Less Risk) yang dapat mengurangkan risiko serangan, dan turut menampilkan demonstrasi serangan sebenar beserta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi maklumat peribadi dan organisasi.
Program ini membawa pelbagai kebaikan kepada para peserta antaranya ialah meningkatkan kesedaran peserta terhadap bahaya siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu, ia turut mendedahkan peserta kepada teknik-teknik penipuan digital yang sebenar agar mereka lebih peka terhadap ancaman yang wujud. Secara tidak langsung, program ini membantu pengguna menjadi lebih bijak, berwaspada, dan selamat ketika melayari dunia digital. Semoga peserta komuniti boleh mengadaptasikan pelajaran yang telah diterangkan bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: